Saturday, May 1, 2010

AMINUL RASHID HAMZAH

NINER'S PRIDE
- Scola kat SMK Seksyen 9,Shah Alam

- Member baek adeq aku since standard 2 mase kat SK Seksyen 9,S.Alam

Kesiannya. Umur baru 15 kowt. Xkan la polis xpat nak cam yg dikatakan penjenayah tu dewasa or still kanak2.



Myb ne kes salahguna or eksploitasi kanak2 bawah umur. Xtawu la cane if budak umur 11 or 12 taun terlibat cam lam kes ne, pastu ditembak mati pula budak tu sedangkan dorg mmg xbersalah.. Kan nampak tindakan tembak sampai mati tu tak tepat. Mmg kat m'sia ne law pape mmg xde tembakan amaran ke huh..?? Patutnya lepaskan tembakan amaran untuk bdak tu berhenti bukan tindakan yg dikatakan 'akhir' semata2 pastu truih nk shoot.. Hope sgt kes ne disiasat sebaik mungkin n seadil adilnye. Takziah pada aunty nor sekeluarga....


Keratan Newspaper :

~ Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.

~ Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.


Those are pics kete yg adeq aminul bawak


MAY JUSTICE BE GIVEN THE DEATH OF AMINUL RASHID HAMZAH!!!